Home

KINDER MENYOKONG TUMBESARAN YANG MENYERONOKKAN

Di Kinder, kami percaya bahawa kanak-kanak yang gembira pada hari ini akan menjadi individu yang lebih baik pada masa hadapan. Oleh sebab itu, kami sentiasa mensasar untuk mencipta saat-saat indah yang kecil tetapi penting untuk kanak-kanak dan keluarga di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, tidak semua orang tahu bahawa Kinder telah lama komited terhadap objektif penting yang lain: untuk membawa keseronokan kepada kanak-kanak melalui aksi, mendorong minat semula jadi untuk menjadi aktif, bergerak dan bermain. Oleh itu, Kumpulan Ferrero antarabangsa memulakan Kinder Joy of moving  sebagai projek Tanggungjawab Sosial.

KINDER DAN KESERONOKAN BERAKSI

Kinder Joy of moving kini memberi inspirasi kepada empat juta kanak-kanak dan keluarga mereka di 36 buah negara dari seluruh dunia untuk menjadi aktif, suka beraksi, dan mengembangkan kemahiran hidup dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Projek ini memegang teguh kepada kepercayaan bahawa sikap positif terhadap pergerakan akan membentuk kanak-kanak hari ini menjadi individu yang lebih baik pada masa hadapan.

KAEDAH KESERONOKAN BERAKSI

box_03_whatever_the_game

Inisiatif projek ini lahir daripada inspirasi Keseronokan beraksi: sebuah inovatif, kaedah pendidikan yang dikenali secara saintifik bertujuan untuk membuatkan kanak-kanak beraksi, melalui permainan serta mengembangkan kemahiran penting dalam empat bidang utama: kecergasan fizikal, koordinasi motor, fungsi kognitif dan kreativiti, kemahiran hidup. Keseronokan beraksi mengubah fokus secara semula jadi daripada prestasi ke keseronokan, daripada pertandingan kepada kerjasama.

box_03_whatever_the_game

AKTIVITI KAMI

Kinder Joy of moving beroperasi di seluruh dunia dengan rakan kongsi yang berprofil tinggi, berkelayakan dan mahir, termasuk institusi, Kementerian, Universiti, Jawatankuasa Olimpik dan menganjur serta menyokong program pendidikan fizikal  di dalam dan di luar sekolah, acara sukan untuk kanak-kanak dan pertandingan sekolah dengan tujuan untuk memastikan bahawa keseronokan kanak-kanak menjadi keutamaan. Kinder Joy of moving juga menganjurkan acara pelbagai disiplin untuk mendekatkan kanak-kanak kepada activiti sukan, bekerjasama dengan atlet dan bekas juara untuk memberi inspirasi, dan menyokong projek penyelidikan yang fokus kepada manfaat gaya hidup yang aktif.

APA SAHAJA PERMAINAN, UTAMAKAN KESERONOKAN

Tanpa mengambil kira disiplin sukan, di medan permainan dan tahap prestasi ataupun kebolehan kanak-kanak tersebut, Kinder Joy of moving mengutamakan keseronokkan pergerakan.

SEBARKAN KESERONOKAN BERAKSI KE SELURUH DUNIA

Pelbagai acara, pelbagai majlis untuk berkongsi nilai dan keseronokan kita dalam menjadi aktif bersama. Ingin melihat lebih lanjut? Layari Laman YouTube kami