Home

POLISI PRIVASI

Ferrero Asia Pacific Pte. Ltd. (“Ferrero”) komited untuk melindungi privasi pengguna-pengguna laman web ini (“Laman Web”) dan akan membuat segalanya dalam kuasanya untuk memastikan Data Peribadi pengguna-pengguna dilayan dengan hormat kepada hak asasi dan kebebasan serta maruah peribadi mereka, dengan rujukan khusus kepada kerahsiaan.

Kami di Ferrero telah menyediakan Polisi Privasi ini untuk terangkan secara ringkas kepada anda bagaimana kami akan mengumpul, menggunakan, berkongsi dan melindungi Data Peribadi anda. Ia juga menerangkan pilihan anda mengenai penggunaan, akses dan pembetulan Data Peribadi anda.

Kami mungkin memerlukan pengguna-pengguna untuk memberikan maklumat peribadi dan butir-butir tertentu untuk menyediakan perkhidmatan kami, dan oleh itu kami ingin menerangkan prosedur dan cara kami mengendalikan data yang dibekalkan kepada kami. Polisi Privasi ini juga akan memberikan anda maklumat penuh supaya anda boleh membenarkan pemprosesan Data Peribadi anda denagan cara yang jelas dan termaklum, di mana yang sesuai.

Secara umum, sebarang maklumat dan data yang anda berikan, atau yang sebaliknya dikumpulkan oleh kami dalam konteks Laman Web, akan diguna oleh Ferrero selaras dengan perundangan yang terpakai. Ini bermaksud, secara khususnya, bahawa sebarang pemprosesan Data Peribadi yang dijalankan oleh Ferrero akan menghormati prinsip keabsahan, keadilan, ketelusan, pengehadan tujuan, pengehadan penyimpanan, pengecilan data, ketepatan, integrity dan kerahsiaan.

PENGAWAL DATA

Pengawal Data berkenaan dengan semua operasi pemprosesan Data Peribadi yang dijalankan melalui Laman Web ialah Ferrero, dengan ofis berdaftar di 80 Robinson Road #02-00 Singapore 068898. Ferrero telah melantik penyelaras tempatan untuk privasi. Untuk berhubung dengannya untuk sebarang maklumat mengenai pemprosesan Data Peribadi oleh Ferrero, termasuk senarai pemproses datanya, sila hubungi: privacy.apac@ferrero.com.

APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL DARIPADA ANDA?

Apabila anda menggunakan Laman Web dan, khususnya, apabila anda memberikan maklumat dan memuat naik fail ke Laman Web untuk mengekses perkhidmatan Laman Web, Ferrero mungkin mengumpul dan memproses maklumat yang berkaitan dengan anda sebagai individu dan yang membolehkan anda dikenal pasti, sama ada secara langsung atau bersama dengan maklumat tambahan (“Data Peribadi”). Maklumat ini boleh dikumpul oleh Ferrero apabila anda memilih untuk memberikannya (cth., apabila anda meminta sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Ferrero melalui Laman Web) atau hanya dengan menganalisis tingkah laku anda di Laman Web.

DATA YANG DIBERIKAN DENGAN SENGAJA OLEH PENGGUNA-PENGGUNA

Apabila mencipta akaun di Laman Web, anda akan diminta untuk memberikan Data Peribadi tertentu seperti butiran hubungan (cth. nama anda, alamat e-mel, nombor telefon, negara tempat tinggal dan alamat fizikal) dan pilihan pemasaran, untuk tujuan yang disenaraikan di bawah.

Di mana Laman Web membenarkan anda untuk mendaftar melalui profil peribadi anda dalam media sosial (Log Masuk Sosial) dengan persetujuan terdahulu dan yang boleh dibatalkan, kami boleh mengakses maklumat terhad yang sama yang disertakan dalam profil tersebut, berkaitan dengan nama, umur, lokasi, suka, minat, kenalan dan imej anda.

MELAYARI DATA

Operasi Laman Web, seperti yang standard dengan mana-mana laman web di atas Internet, melibatkan penggunaan sistem komputer dan procedur perisian, yang mengumpulkan maklumat tentang pengguna-pengguna Laman Web sebagai sebahagian daripada operasi rutin mereka, yang penghantarannya secara automatik apabila menggunakan protokol komunikasi Internet. Walaupun Ferrero tidak mengumpul maklumat ini untuk mengaitkannya dengan pengguna-pengguna tertentu, ia masih ada kemungkinan bahawa, mengikut sifat mereka dan melalui pemprosesan dan perkaitan dengan data lanjut yang dipegang oleh pihak-pihak ketiga, data tersebut mungkin membenarkan untuk mengenalpasti pengguna, sama ada secara langsung melalui maklumat itu atau dengan menggunakan maklumat lain yang dikumpul. Oleh itu, maklumat ini juga mesti dianggap Data Peribadi.

Maklumat ini termasuk beberapa parameter yang berkaitan dengan sistem operasi dan persekitaran IT anda, termasuk alamat IP anda, lokasi (negara), nama domain komputer anda, alamat URI (Pengecam Sumber Seragam) sumber yang anda minta di Laman Web, masa permintaan dibuat, maklumat tentang aktiviti anda atas Laman Web kami (contohnya, halaman yang anda lawati, barangan yang anda lihat), cara yang digunakan untuk menghantar permohonan kepada penghantar, dimensi fail yang diperoleh sebagai respons kepada permohonan, kod numerik yang menunjukkan status respons yang dihantar oleh penghantar (berjaya, silap, dll.), butir-butir pada peranti (contohnya, komputer anda, tablet atau telefon pintar) yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web kami dan sebagainya, melalui kuki dan teknologi lain yang membenarkan penjejakan ini.

Data tersebut hanya akan digunakan oleh Ferrero untuk tujuan statistik tanpa nama tentang penggunaan Laman Web, tanpa mengaitkannya dengan mana-mana pengecam pengguna, untuk memastikan operasinya betul dan mengenalpasti mana-mana kesalahan dan/atau penyalahgunaan Laman Web. Data ini juga boleh digunakan untuk tujuan menyiasat liabiliti sekiranya jenayah maklumat dilakukan terhadap Laman Web.  

AKTIVITI-AKTIVITI PEMPROSESAN

Pemprosesan data akan dibuat melalui prosedur, cara teknikal dan elektronik sedemikian, yang sesuai untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data dan terdiri daripada pengumpulan, rakaman, organisasi, penyimpanan, perundingan, penghuraian, pengubahan, pemilihan, perolehan semula, penjajaran, penggunaan, penggabungan, blok, komunikasi, penyebaran, pemadaman, dan pemusnahan data, termasuk penggabungan dua atau lebih aktiviti-aktiviti sedemikian.

MENGAPA KAMI MEMPROSES MAKMULAT INI? TUJUAN PEMPROSESAN DAN ALASAN UNDANG-UNDANG

Ferrero berniat untuk menggunakan Data Peribadi anda, yang dikumpul melalui Laman Web, untuk tujuan berikut:

  • Untuk memberikan jawapan atau perkhidmatan yang anda minta, termasuk membenarkan penciptaan akaun, untuk menerima maklumat daripada Ferrero dan menghantar makluman kepada anda melalui pemberitahuan tolak; untuk mengesahkan identiti anda dan membantu anda, sekiranya anda hilang atau lupa butiran log masuk/kata laluan anda untuk mana-mana perkhidmatan pendaftaran Ferrero; untuk membenarkan anda mencipta dan mengekalkan profil pengguna berdaftar, untuk memproses transaksi dan pendaftaran yang anda minta, untuk menghubungi anda apabila perlu dan menjawab permohonan dan pertanyaan anda, termasuk e-mel; untuk memproses pembayaran kad dan untuk memberikan sebarang perkhidmatan lain yang mungkin anda minta; untuk menghantar surat berita yang anda telah langgan sebagai perkhidmatan (hanya mengandungi kandungan bermaklumat); untuk memuktamadkan pesanan pembelian dan menghantar produk yang dibeli di Laman Web dan untuk memberikan sebarang perkhidmatan lain yang mungkin anda minta (“Penyediaan Perkhidmatan”). Tiada persetujuan diperlukan untuk pemprosesan data untuk tujuan tersebut kerana pemprosesan sedemikian adalah perlu untuk memberikan perkhidmatan yang diminta dan, oleh itu, untuk pelaksanaan perjanjian yang mana anda adalah pihak atau untuk pelaksanaan langkah-langkah yang diminta oleh anda sebelum memandatangani perjanjian. Ia bukan mandatori untuk anda memberikan Ferrero Data Peribadi anda untuk tujuan ini; walau bagaimanapun, jika anda tidak berbuat demikian, Ferrero tidak akan dapat memberikan sebarang perkhidmatan kepada anda.
  • Untuk tujuan pemasaran, promosi dan publisi, termasuk untuk menjalankan pemasaran langsung, serta menjalankan kajian, penyelidikan, statistik pasaran atau tinjauan, melaui e-mel, SMS, notifikasi tolak, sepanduk pop-timbul, pemesejan segera, panggilan telefon oleh pengendali, halaman media sosial rasmi Ferrero, mengenai produk dan perkhidmatan Ferrero (“Pemasaran”) dan untuk menghantar kepada anda tawaran, promosi atau maklumat lain tentang Pemprosesan barangan dan perkhidmatan kami untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada persetujuan anda. Ia tidak mandatori bagi anda memberikan persetujuan kepada Ferrero untuk penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan ini, dan anda tidak akan mengalamai sebarang akibat jika anda memilih untuk tidak memberikannya (selain daripada tidak menerima konumikasi pemasaran lanjut daripada Ferrero). Sebarang persetujuan yang diberi juga boleh ditarik balik pada peringkat kemudiannya.
  • Untuk tujuan pemasaran, promosi dan publisi masa hadapan, dengan menghantar komunikasi pemasaran e-mel terus kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Ferrero yang sama atau serupa dengan yang anda minta sebelum ini melalui penggunaan Laman Web (“Spam Lembut”). Pemprosesan untuk tujuan ini berdasarkan kepentingan sah Ferrero dalam menghantar komunikasi pemasaran e-mel terus kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan disediakan oleh Ferrero dan yang sama atau serupa dengan yang anda beli sebelum ini melalui Laman Web. Anda boleh menyekat komunikasi ini, dan anda tidak akan mengalami sebarang akibat jika anda berbuat demikian (selain daripada tidak dapat menerima komunikasi lanjut daripada Ferrero), dengan membantah melalui pautan nyahlanggan yang disediakan di bahagian bawah semua komunikasi tersebut.
  • Untuk mencipta profil pengguna anda (individu dan/atau profil agregat) di Laman Web kami, dengan mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai keutamaan yang anda pilih dan pilihan yang anda buat di Laman Web serta aktiviti-aktiviti umum di Laman Web, melalui penggunaan kuki pemprofilan (“Pemprofilan”). Maklumat ini akan digunakan untuk memperibadikan Perkhidmatan yang disediakan melalui Laman Web, di mana boleh, untuk memenuhi keutamaan dan pilihan anda, serta untuk menyampaikan maklumat dan iklan kepada anda yang mungkin releven kepada anda dan minat anda, untuk mencadangkan tawaran tersuai yang mungkin menarik minat anda, untuk memberi anda maklumat tentang laman web/perkhidmatan lain yang Ferrero percaya anda mungkin berminat. Semua algoritma yang terlibat dalam pemprosesan ini diuji secara berkala, untuk memastikan keadilan pemprosesan dan kawalan untuk berat sebelah. Pemprosesan untuk tujuan ini berdasarkan persetujuan anda, yang dikumpulkan melalui sepanduk pop-timbul kuki dan/atau kotak tanda tertentu. Ia tidak mandatori bagi anda untuk memberikan persetujuan kepada Ferrero untuk menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan ini, dan anda tidak akan mengalami sebarang akibat jika anda memilih untuk tidak melakukannya (selain daripada tidak dapat mendapat manfaat daripada pemperibadian yang lebih besar bagi pengalaman pengguna anda berkenaan Laman Web). Sebarang persetujuan yang diberikan juga boleh ditarik balik pada peringkat kemudiannya, sama ada dengan mengubahsuai tetapan peranti anda atau menghubungi Ferrero di alamat yang  dinyatakan di atas.
  • Untuk pematuhan undang-undang yang mengenakan Ferrero tentang pengumpulan dan/atau pemprosesan lanjut jenis Data Peribadi tertentu, termasuk peraturan mengenai pertandingan sekiranya pengguna-pengguna menyertai pertandingan atau hadiah di Laman Web kami (“Pematuhan”). Apabila anda memberikan sebarang Data Peribadi kepada Ferrero, Ferrero mesti memprosesnya mengikut undang-undang yang terpakai, yang mungkin termasuk menyimpan dan melaporkan Data Peribadi anda kepada pihak berkuasa rasmi untuk mematuhi kewajipan cukai, kastam atau undang-undang lain. Tiada persetujuan diperlukan untuk pemprosesan data untuk tujuan ini kerana pemprosesan sedemikian diperlukan untuk mematuhi undang-undang (GDPR, art. 6, 1a).
  • Untuk menghalang dan mengesan sebarang penyalahgunaan Laman Web, atau sebarang aktiviti-aktiviti penipuan yang dijalankan melalui Laman Web (“Penyalahgunaan/Penipuan”). Pemprosesan untuk tujuan ini diperlukan untuk mengejar kepentingan sah Ferrero dalam menghalang dan mengesan aktiviti-aktiviti penipuan atau pengyalahgunaan Laman Web (untuk tujuan yang berpotensi jenayah).
  • Untuk menganalisis dan menambah baik penyediaan perkhidmatan kami, meningkatkan Laman Web, menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan pemasaran Ferrero, melaksanakan analisis statistik dan demografi ke atas pelanggan korporat dan pengguna-pengguna berdaftar Ferrero (“Analitis”). Pemprosesan untuk tujuan ini diperlukan untuk mengejar kepentingan sah Ferrero dalam pembangunan dan pentadbiran Laman Web dan untuk menambah baik perkhidmatan yang disediakan di Laman Web.

Pengguna-pengguna tidak perlu memberikan Data Peribadi untuk menyalari halaman awam Laman Web. Penyediaan Data Peribadi untuk tujuan yang dinyatakan di atas tidak diwajibkan, walau bagaimanapun, kegagalan untuk memberikan data yang diperlukan (ditunjukan sedemikian dalam borang pendaftaran, yang terpakai) boleh menghalang pengguna-pengguna daripada melengkapkan pendaftaran atau mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan.

SIAPAKAH YANG BOLEH MENGAKSES DATA PERIBADI ANDA?

Dalam rangka aktivitinya dan untuk tujuan yang ditentukan di atas, Data Peribadi anda boleh dikongsi dengan entiti berikutnya (“Penerima”):

  • Syarikat lain dalam Kumpulan Ferrero untuk tujuan pentadbiran dalaman; dan
  • Pemproses data yang dilantik dengan sewajarnya, menyediakan perkhidmatan pemprosesan atau aksesori khusus (cth. menyimpan data, menghantar mesej untuk kami, pengehosan web, pengurusan pertandingan, perkhidmatan pengguna, perkhidmatan IT mengenai operasi Laman Web, menghantar e-mel) bagi pihak Ferrero dan di bawah arahannya, yang kemantangan perlindungan datanya telah disemak oleh Ferrero sebelum menandatangani perjanjian pemprosesan data yang diperlukan. Senarai penuh kemaskini yang dilantik sebagai pemproses data, yang mungkin termasuk syarikat lain dalam Kumpulan Ferrero, boleh didapati daripada pengawai perlindungan data kami;
  • Individu terpilih yang diberi kuasa oleh Ferrero untuk memproses Data Peribadi yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ketat dengan penyediaan perkhidmatan malalui Laman Web (cth. penyenggaraan teknikal peralatan rangkaian dan rangkaian komunikasi elektronik), yang telah melaksanakan kewajipan kerahsiaan atau tertakluk kepada kewajipan undang-undang kerahsiaan yang sesuai (cth. pekerja-pekerja Ferrero);
  • Entiti awam, badan atau pihak berkuasa menurut undang-undang yang terpakai atau perintah mengikat entiti, badan atau pihak berkuada tersebut. Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda apabila kami percaya dengan suci hati bahawa pendedahan itu perlu untuk melindungi keselamatan anda atau keselamatan orang lain, menyiasat penipuan, atau respons kepada permintaan kerajaan.

Data peribadi tidak akan didedahkan atau dipindahkan kepada pihak-pihak ketiga, kecuali sekiranya berlaku transaksi korporat yang luar biasa, apabila Data Peribadi boleh diserahkan atau disumbangkan kepada pembeli/pemajak atau penyerah pihak ketiga.

PEMINDAHAN DATA

 

Data Peribadi boleh dipindahkan ke negara lain di mana premis atau pelayan Ferrero atau mana-mana pembekalnya berada, dengan syarat bahawa tahap perlindungan data yang mencukupi dijamin.

KANAK-KANAK

Untuk mematuhi undang-undang yang melindungi privasi dalam talian kanak-kanak, Ferrero tidak mengumpul sebarang Data Peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dengan sengaja. Ferrero memandang privasi kanak-kanak dengan serius. Oleh itu, kami akan mengesyorkan bahawa ibu bapa atau penjaga membantu dan membimbing mana-mana kanak-kanak di bawah 16 tahun yang mungkin berniat untuk melayari Laman Web atau mengakses perkhidmatan yang disediakan oleh Ferrero. Kanak-kanak di bawah 16 tahun tidak boleh menggunakan Laman Web atau perkhidmatan Ferrero. Sekiranya Ferrero mengetahui bahawa ia telah mengumpul Data Peribadi secara tidak sengaja daripada kanak-kanak di bawah 16 tahun, Ferrero akan memadamkan maklumat tersebut dengan segera.

KESELAMATAN DATA PERIBADI

Semua Data Peribadi yang dikumpul dan diproses melalui Laman Web akan disimpan dan diproses untuk meminimumkan risiko kemusnahan, kehilangan (termasuk kehilangan tidak sengaja), akses / penggunaan tanpa kebenaran atau penggunaan yang tidak serasi dengan tujuan permulaan pengumpulan. Ini dicapai dengan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang dilaksanakan oleh Ferrero. Senarai penuh langkah keselamatan Ferrero tersedia di sini.

PENGEKALAN DATA PERIBADI

Secara amnya, Ferrero akan menyimpan Data Peribadi anda hanya selama yang betul-betul diperlukan, mengikut sebab ia dikumpul:

  • Data Peribadi yang diproses untuk Penyediaan Perkhidmatan akan disimpan oleh Ferrero bagi tempoh yang dianggap betul-betul perlu untuk memenuhi tujuan tersebut. Maklumat akan, walau bagaimanapun, disimpan lebih lama jika kami memerlukannya untuk menangani sebarang tuntutan mengenai perkhidmatan atau untuk melindungi kepentingan Ferrero yang berkaitan dengan liabiliti berpotensi yang berkaitan dengan Penyediaan Perkhidmatan.
  • Data Peribadi yang diproses untuk Pemasaran dan Pemprofilan akan disimpan oleh Ferrero dari saat anda memberikan persetujuan sehingga terkemudian ditarik balik. Di mana ia tidak ditarik balik, persetujuan akan diminta untuk diperbaharui pada selang masa tetap 24 bulan. Sebaik sahaja persetujuan ditarik balik (atau tidak diberikan, berikutan permintaan pembaharuan), Data Peribadi tidak akan digunakan lagi untuk tujuan ini, walaupun ia mungkin masih disimpan oleh Ferrero kerana ia mungkin perlu untuk melindungi kepentingan Ferrero yang berkaitan dengan liabiliti berpotensi yang berkaitan dengan pemprosesan ini.
  • Data Peribadi yang diproses untuk Spam Lembut akan disimpan oleh Ferrero dari saat ia diberikan oleh anda kepada Ferrero sehingga anda membantah pemprosesan ini. Sebaik sahaja anda telah membantah, Data Peribadi tidak lagi akan digunakan untuk tujuan ini, walaupun ia mungkin masih disimpan oleh Ferrero, khususnya yang mungkin perlu untuk melindungi kepentingan Ferrero yang berkaitan dengan liabiliti berpotensi yang berkaitan dengan pemprosesan ini.
  • Data Peribadi yang diproses untuk Pematuhan akan disimpan oleh Ferrero bagi tempoh yang diperlukan oleh kewajipan undang-undang khusus yang mana Data Peribadi diproses.
  • Data Peribadi yang diproses untuk menghalang Penyalahgunaan/Penipuan dan Analitis akan disimpan oleh Ferrero selama mana yang dianggap betul-betul perlu untuk memenuhi tujuan pengumpulannya.

Selepas tempoh tersebut, semua data akan dipadamkan atau tidak dikenali, kecuali data yang kami dikehendaki oleh undang-undang untuk disimpan untuk tempoh yang lebih lama.

APAKAH HAK-HAK ANDA? BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MELAKSANAKAN MEREKA?

Sebagai subjek data, anda berhak untuk melaksanakan hak-hak yang berikut, pada bila-bila masa:

  • Dapat pengesahan tentang kewujudan Data Peribadi anda sedang diproses oleh Ferrero, akses and dapatkan salinan data tersebut.
  • Kemaskini, ubahsuai dan/atau betulkan Data Peribadi anda di mana is mungkin tidak tepat atau tidak lengkap.
  • Dapatkan pemadaman Data Peribadi anda apabila anda merasakan pemprosesan itu tidak perlu atau sebaliknya menyalahi undang-undang, menjadikan Data Peribadi tidak dikenali, menyekat data yang pemprosesannya menyalahi undang-undang atau menetapkan had kepada pemprosesan
  • Bantahkan pemprosesan Data Peribadi anda, berdasarkan kepada alasan relevant yang berkaitan dengan situasi tertentu, yang anda percaya mesti menghalang Ferrero daripada memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tertentu
  • Bantahkan pemprosesan Data Peribadi yang dibuat untuk tujuan menghantar bahan pengiklanan, menjalankan jualan langsung, penyelidikan pasaran atau untuk komunikasi komersial.
  • Tarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan (untuk Pemasaran dan Pemprofilan), di mana persetujuan anda berfungsi sebagai asas undang-undang untuk pemprosesan – ini tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan yang dijalankan sebelum penarik balik anda.
  • Minta sekatan pemprosesan Data Peribadi anda, di mana anda merasakan bahawa Data Peribadi yang diproses adalah tidak tepat, atau bahawa pemprosesan itu tidak perlu atau menyalahi undang-undang , serta di mana anda telah membantah pemprosesan.
  • Tarik diri daripada pengiklanan berasaskan-minat. Kami bekerjasama dengan pihak ketiga untuk menguruskan pengiklanan kami di tapak lain. Rakan kongsi pihak ketiga kami mungkin menggunakan kuki atau teknologi serupa untuk memberikan anda pengiklanan berdasarkan aktiviti penyalaran dan minat anda. Jika anda ingin menarik diri daripada pengiklanan berasaskan-minat klik sini atau jika berada di Kesatuan Eropah klik sini. Sila ambil perhatian bahawa anda akan terus menerima iklan generik.

Sila ambil perhatian bahawa kebanyakan Data Peribadi yang anda berikan kepada Ferrero boleh diubah pada bila-bila masa, termasuk keutamaan e-mel anda, dengan mengakses, di mana terpakai, profil pengguna anda yang dicipta di Laman Web.

Apabila meminta perkhidmatan melalui Laman Web, anda mungkin telah memilih satu atau lebih cara komunikasi melalui mana pemprosesan Data Peribadi untuk tujuan Pemasaran boleh dijalankan (cth. telefon, SMS, emel, mel, media sosial). Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan ini bagi semua cara komunikasi yang dipilih, atau anda boleh memilih untuk menyekat cara tertentu sahaja (cth. jika anda hanya menarik balik persetujuan untuk komunikasi pemasaran SMS, anda tidak akan menerima komunikasi lanjut melalui SMS, tetapi boleh terus menerimanya melalui e-mel), melalui profil pengguna anda yang dicipta di Laman Web, di mana terpakai. Anda juga boleh menarik balik persetujuan untuk Pemasaran (untuk komunikasi yang diterima melalui e-mel) dengan memilih pautan yang sesuai yang disertakan di bahagian bawah setiap mesej pemasaran.


Persetujuan untuk Pemprofilan yang dijalankan oleh kuki boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Di mana persetujuan untuk Pemprofilan telah diberikan melalui kotak tanda tertentu, anda boleh menarik balik persetujuan ini dengan menukar pilihan anda, pada bila-bila masa, dalam profil pengguna anda yang dicipta di Laman Web, di mana terpakai.

Pada bila-bila masa, anda berhak untuk melaksanakan hak-hak yang diwujudkan oleh undang-undang yang berkuatkuasa, dengan menangani permintaan yang releven kepada Jabatan Privasi kami di alamat emel: privacy.apac@ferrero.com.

PINDAAN

Polisi Privasi ini mula berkuatkuasa pada 1 Mei 2018.

Ferrero berhak untuk meminda sebahagian atau sepenuhnya Polisi Privasi ini, atau hanya untuk mengemas kini kandungannya, cth., sebagai akibat perubahan dalam undang-undang yang terpakai. Jika Ferrero membuat sebarang pemindaan yang material kami akan memberitahu anda melalui notis di Laman Web ini sebelum pemindaan itu berkuatkuasa. Oleh itu, Ferrero menjemput anda untuk melawati Polisi Privasi ini secara kerap untuk membiasakan diri anda dengan versi Polisi Privasi yang terkini dan dikemaskini, supaya anda boleh sentiasa dimaklumkan tentang cara Ferrero mengumpul dan menggunakan Data Peribadi.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Polisi Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.