Mencipta konfesi hanya sebahagian daripada kisah kami. Pada setiap detik sejarah, kami mengutamakan keluarga, kualiti dan inovasi sebagai teras pada segala yang kami lakukan.
Kisah Kinder bermula pada tahun 1968, di pekan kecil Alba, Itali. Di sini, sebuah idea keikhlasan berkembang menjadi Kinder yang kita kenali hari ini.
Dengan kecerahan masa lampau yang menyinari masa hadapan yang lebih terang, Kinder membangun dan berkembang secara global. Setiap tahun yang dilalui membawa inovasi Kinder ke serata dunia, dengan setiap idea seajaib tahun yang berikutnya.
Berbekalkan pengetahuan bahawa kanak-kanak memang menggemari coklat, mainan dan menemukan sesuatu yang baru, Kinder mendapat inspirasi daripada tradisi mencari telur semasa Easter untuk menghasilkan ciptaan yang unggul: Kinder Surprise.
Apabila kanak-kanak membesar, citarasa mereka turut berubah. Kinder mengambil berat perkara ini dengan mencipta coklat untuk golongan remaja.
Inspirasi daripada peranan kami untuk membawa detik istimewa kecil kepada kehidupan harian, kami terus mencipta coklat inovatif untuk perkongsian, keluarga dan kebersamaan.
Kini, Kinder sedang berhadapan dengan peristiwa penting dalam kisahnya: pada tahun 2018, jenama ini menyambut 50 tahun detik ceria yang tidak terkira bersama pelanggannya. Sertai sambutan di seluruh dunia:
- 1968
- Kisah Kinder
- Coklat untuk kanak-kanak
- Menyebarkan keceriaan Kinder
- Inspirasi dari Easter
- Kinder membesar
- Menyambut kebersamaan
- Kinder berusia 50 tahun
- Hari ini