Permulaan Kinder
Michele Ferrero merupakan anak lelaki seorang pembuat coklat. Impian beliau adalah untuk mencipta coklat bagi kanak-kanak dan mereka yang berjiwa kanak-kanak, tanpa mengira usia. Maka sesuatu lazat telah dicipta dengan mementingkan nilai kekeluargaan: Kinder Chocolate.
Ia merupakan yang pertama antara pelbagai produk konfeksi Kinder yang memenuhi peranan khusus dalam kehidupan kanak-kanak dan ibu bapa mereka.
5B4 5D-Cover

Bahagian permainan
Disesuaikan saiznya mengikut tangan kanak-kanak, bar Kinder Chocolate yang dibungkus secara individu membolehkan ibu bapa memberi anak mereka kepingan yang menyeronokkan dan menenangkan. Kepingan kecil untuk ketenangan ibu bapa.


Sekian lamanya, budak lelaki yang tersenyum kekal menjadi ikon pada setiap pek Kinder Chocolate. Di mana sahaja di seluruh dunia!
Evolusi bungkusan



Kualiti Kinder
Sejak dari mula lagi, coklat kami telah dibuat dengan bahan yang lazat dan dipilih secara teliti untuk memberi pengalaman yang melazatkan kepada kanak-kanak. Rasa coklat yang tidak dapat dilupakan ini telah mencetus berbilion-bilion detik yang menggembirakan.

Sedang dimainkan

Sedang dimainkan

Sedang dimainkan