Header Palm Oil

Minyak sawit. 100% Mampan

Minyak kelapa sawit ialah bahan yang memberikan produk Kinder tekstur licin dan berkrim yang anda gemari.

 

Mengapa kami menggunakan minyak kelapa sawit

Minyak kelapa sawit ialah ramuan yang menyumbang kepada perisa yang harmoni dan kehalusan krim yang menjadi ciri Produk Kinder. Disebabkan rasa & baunya yang neutral, minyak kelapa sawit menambah kelazatan ramuan lain yang digunakan dalam resipi kami. Selain itu, berbanding dengan minyak sayuran lain, ia mempunyai kestabilan tinggi buat jangka masa yang panjang, ini memastikan rasa produk tahan lebih lama.







Palm Oil part 1

Kepakaran pemprosesan kami untuk minyak yang selamat.

Palm Oil Part 2

Minyak kelapa sawit terhasil daripada pulpa buah kelapa sawit, yang biasanya tumbuh dalam kelompok-kelompok besar dan kadangkala berat satu tandan boleh mencapai sehingga 40kg. Buahnya mungkin kecil, sebesar sebiji anggur, tetapi pulpanya tinggi kandungan minyak. 



Setelah buah sawit dituai, ia dihantar ke kilang pembekal kami di mana proses pengekstrakan minyak kelapa sawit dimulakan secepat mungkin: buah-buah sawit ini dipanaskan menggunakan wap dan kemudian diperah untuk mengekstrak minyaknya. Minyak yang diekstrak kemudian diproses dan ditulenkan di bawah suhu yang terkawal. 



Langkah proses yang terakhir dijalankan di dalam kilang kami. Apabila minyak sampai di kilang kami, kami lakukan pemeriksaan mutu yang ketat dan kemudian memproses minyak tersebut untuk memastikan ia mempunyai bau dan rasa yang neutral. Dengan cara ini, kami tahu bahawa minyak sawit kami adalah selamat dan sedia untuk digunakan dalam resipi kami.

Palm Oil Part 2

Menghormati hutan hujan & masyarakat tempatan.

Palm Oil part 3

Kami menggunakan kelapa sawit mampan untuk produk kami yang kebanyakannya diperoleh dari Malaysia dan Indonesia, dan diperakui sebagai 100% diasingkan oleh Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO). Ini bermakna minyak kelapa sawit kami dipastikan terpisah daripada minyak kelapa sawit konvensional di sepanjang rantaian bekalan untuk menjamin mutu dan kemampanannya. 



Kami merupakan anggota aktif Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) yang bermatlamat untuk mentakrifkan piawaian antarabangsa bagi pensijilan pengeluaran dan transformasi minyak kelapa sawit berdasarkan kriteria kemampanan alam sekitar dan sosial yang boleh dipercayai: mencegah kemusnahan hutan hujan, melindungi biodiversiti dan memelihara hak masyarakat yang tinggal dan bekerja di kawasan tersebut.

Palm Oil part 3

Tambahan lagi, mengikut Kad Skor Pembeli Minyak Sawit WWF 2016, Ferrero telah dikenal pasti sebagai penerima skor tertinggi di kalangan 137 syarikat global yang dinilai mengikut tindakan kemampanan dalam sektor minyak kelapa sawit. Ferrero juga dilabel sebagai ‘peneraju’ ke arah matlamat kemampanan minyak kelapa sawit muktamad untuk industri: http://wwf.panda.org/wwf_news/?278673/WWF-Scorecard-shows-which-companies-kept-their-promises-to-consumers-on-palm-oil

Bahan kami

Milk
Milk
Cacao
Cocoa
Hazelnut
Kacang Hazel
Grasses
Fats and oils
Sugar selector
Sugar